Terapi Saraf adalah salah satu urutan moden tanpa meninggalkan kesan sakit dan tidak menggunakan sebarang minyak urut.Untuk keterangan anda boleh klik dibahagian berkenaan.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk di bawah sila klik pada gambar yang berkenaan. Ubat yang disediakan bebas dari dadah dan alkohol. Kami hanya menggunakan tenaga gelombang yang berlawanan frekuansi supaya kewujudan tenaga penyakit dapat dimusnahkan. Jadi anda tidak perlu risau tentang kesan sampingan (side-effect) untuk jangkamasa panjang.BELI SECARA ONLINE
Pusat Rawatan Alternatif Mahsuri mengadakan promosi Terapi Saraf + Ubat.Sekiranya anda berminat untuk mencuba,anda boleh layari laman web kami http://www.terapisaraf.com/diskaun_terapisaraf.pdf@ menghubungi kami secara terus di 013-3712334 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Di dalam sesebuah kemodenan memang tidak dinafikan bahawa ada yang perit perlu dilalui dalam kehidupan terutamanya ingin melayari keperluan dan memenuhi kehendak.Adakalanya dengan sibuk mengejar kesibukan dan berpusu-pusu mencari nafkah ada yang terleka tentang minda dan emosi.Walaupun kehidupan semudah dihujung jari hanya klik dan swipe untuk menjalankan traksaksi komitmen tetapi masih ada yang tertekan kerana kecuaian dalam menyelesaikannya ketika ada.Apabila jiwa semakin terganggu ia akan mempengaruhi semua sudut dan tekanan hidup terus menghimpit.
Hakikatnya banyak yang boleh dikaitkan dengan tekanan hidup terutamanya tentang ekonomi yang seperti di atas paling mudah dialami oleh masyarakat kini.Banyak faktor yang boleh membuatkan seseorang tertekan tanpa ada pengawalan diri sehingga semakin hari semakin tidak ceria dan seronok.Dengan sifat tidak boleh melihat orang lain lebih dari diri sendiri itu adalah salah satu sifat yang hampir kepada tekanan kerana memaksa diri untuk mencari sumber kewangan walaupun tahu tidak berkemampuan.
Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Dalam aspek ini banyak sudut boleh dikaitkan dengan penyakit batuk berkahak terutamanya dibahagian sistem saraf tiroid.Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan,apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah di jangkiti kuman yang boleh mendatang lendir.Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti
-Hidung
-Mulut
-Telinga
Di bahagian inilah permulaannya punca batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan diliang-liang paru-paru.Di bahagiaan paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia.Di peringkat awal yang boleh di kenal pasti ketika anda mengalami
- gatal di bahagiaan tekak
- demam panas
-alergi yang tidak terkawal
- Selsema
- Batuk yang berleluasa
Sumber Oleh :Rawatan Alternatif Mahsuri
Sesetengah masyarakat berpandangan bahawa murung ini adalah salah satu penyakit yang berpunca dari minda.Namun pandangan ini hanya merangkumi subjektif semata-semata tetapi tanpa disedari ia berlaku disebabkan tekanan hidup yang bercampur dari aspek emosi sehingga menghimpit tanpa ada penyelesaian.Terutamanya kepada kanak-kanak yang baru menjalani proses perkembangan kehidupan terlalu mudah mendapat murung disebabkan dari pancaroba kekeluargaan yang mendidik tanpa ada merasai bahawa anak kecil juga mempunyai sifat malu ketika berada dikhalayak ramai namun mereka ditengking tanpa ada belas kasihan oleh ibubapa yang hanya ingin melepaskan tekanan sendiri.
Ibubapa juga perlu memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah mentor kepada anak-anak yang ingin meningkat naik.Sekiranya cermin yang kabur bagaimana ingin nampak keindahan pantulannya.
Kemurungan ini pada peringkat awal boleh dilihat dari sudut kelakuan yang aneh seperti temenung ditengah kegembiraan tanpa memperdulikan orang disekeliling sehingga ditegur barulah ia sedar tindak tanduk sendiri.Emosi terpenting dalam proses kehidupan kerana ia bersebelahan dengan minda yang satu-satu organ penilaian pandangan pada seseorang.
Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Di zaman yang moden ini ramai yang faham tentang masalah ini.Masalah ini bergantung kepada jati diri individu untuk merasainya namun adakalanya tersasar juga dari pandangan.Ada juga yang mengambil keputusan untuk melakukan perkara alternatif untuk menyelamatkan keadaan yang semakin menghimpit.
Dengan pengambilan pil peransang dan krim yang semakin meluas di pasaran mungkin jalan mudah bagi sesetengah pihak tetapi hakikatnya ini semua adalah jalan yang mengundang kemudaratan pada saraf dan secara tidak sengaja ia akan mengendurkan Penis (zakar) dan merosakkan faraj serta rahim.
Penis ini sebenarnya ia akan naik dan turun dengan semulajadi kerana itu sudah ciptaannya dan tidak perlu dicemari dengan bahan kimia yang tidak tahu dari mana unsulnya.Seks yang teratur juga boleh membantu rangsangan kerana ia terjadi apabila minda bergambung bersama perasaan dan terbentuklah perasaan yang bersama dengan nafsu.Tidak dinafikan ramai yang inginkan kebahagiaan didalam rumahtangga dan takut perkara yang tidak diingini berlaku hanya disebabkan ketidak puasan pasangan sesama sendiri.
Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Alahan adalah penyakit yang berpunca dari peredaran darah yang tersumbat dari liang-liang saraf utama didalam badan.Ia boleh dikatakan berlaku akibat kecuaian seseorang mengendalikan faktor kehidupan yang terlalu terbuka tanpa berhati-hati dalam aspek kepentingan antibodi.Tanpa pengetahuan tentang aspek kesihatan ia boleh mendatangkan kemudaratan yang membahayakan di sistem-sistem penting dalam organ manusia.
Penyakit alahan ini boleh dikategorikan sebagai penyakit “Diam-diam ubi berisi” kerana sekiranya tindakan tidak diambil dengan segera ia akan memakan sel-sel baik dalam badan sehingga boleh membuatkan seseorang menghidap kanser.Selalunya penyakit yang berpunca dari alahan nampak seperti remeh di kehidupan seharian namun ia boleh membawa maut sekiranya tidak bersungguh-sungguh merawatnya.Dari apa yang di lihat alahan ini banyak mengganggu dibahagian-bahagian penting salah satunya di sistem pernafasan.Dari kajian alahan yang perlu dikawal dalam peringkat awal seperti
-Resdung
-Gout
-kulat
Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Untuk pengetahuan bersama sistem saraf di badan manusia terlalu rumit dan ia meliputi seluruh badan manusia sehabis mungkin.Saraf yang telah dicipta dengan indah disetiap sistem badan manusia dan kedudukannya yang terlalu unik sehingga tidak boleh terlepas pandang keperluannya.Sistem saraf juga memainkan peranan yang penting disetiap pengerakkan manusia seperti-
- Berjalan
- Bertutur
- Berfikir
- Daya Penglihatan
Di sini pihak kami ingin memperkenalkan Terapi Saraf iaitu merupakan urutan moden yang boleh terus ke sistem saraf manusia tanpa ada menggunakan minyak urut.kaedah begini lebih mudah untuk mengenalpasti bahagian saraf mana yang terganggu secara terus tanpa ada urutan yang menyakitkan.
Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh.Kebiasaannya kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah.Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.
Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi meraqh atau ia membentuk satu benjolan.Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama dikalangan wanita berbanding lelaki.Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah wanita.
1-Hyperthyroidism
-Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah.Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki,ini boleh berlaku secara berterusan di dalam sesebuah keluarga.Tanda- tanda yang anda mungkin mengalami hyperthyroidism ialah :
*Denyutan jantung yang laju
*Sentiasa gelisah
*Timbulnya perasaan marah
*Penurunan berat badan
*Rambut gugur
*Sukar untuk tidur (insomnia)
*kurang daya tahan terhadap kepanasan
*Pusingan haid tidak teratur
*Mata menjadi besar
*Turun berat badan mendadak walau selera naik
*Cirit Birit
*Lemah tubuh badan
*Osteoporosis
2-Hypothyroidism
-Ia terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah, ini akan memperlahankan sistem tubuh badan dan selalu menyerang golongon berumur 40 tahun ke atas dan golongon yang berisiko adalah wanita.Penyebab hypothyroidism ini adalah kerana antibodi dan sel darah putih menyerang tiroid.Tanda-tanda penyakit ini ialah :
*kurang tenaga
*Rasa sejuk
*Denyutan jantung perlahan
*Depresi
*Berat badan bertambah
*Kurang daya ingatan
*kulit kering
*Rambut gugur
*Sembelit
*beguk
*Nafsu seks turun
*Suara serak
3-Beguk
-Ia adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar tiroid.Apabila ia berlaku menunjukkan ada masalah dengan tiroid.Kekurangan iodin boleh sebabkan beguk.tanda-tanda beguk ialah :
*Rambut kering
*Bengkak di tengkuk
*kehilangan berat badan
*Perubahan haid
*jantung berdebar-debar
*cepat marah
*mata jadi besar
*perubahan kadar metabolisme




