Skip to content
June 29, 2009 / rawatandarahtinggi

KETIDAKMAPUAN UNTUK MENGAWAL DIRI DARI KENCING

Seseorang yang normal mampu untuk menahan diri dari kencing sementara mencari tandas dan mengawal jika berada di tempat-tempat yang tidak sepatutnya contohnya seperti di dalam kereta atau di dalam sesuatu majlis.Manakala jika seseorang itu mengalami masalah  ketidakmampuan menahan diri dari kencing bermakna anda tidak dapat  menahan rasa hendak kencing dan akibatnya anda akan kencing di seluar sebelum sempat anda mencari tandas dan apabila masalah ini berlaku maka anda telah mengalami satu masalah besar dalam kehidupan seharian.

Wanita dan lelaki berisiko untuk mendapatkan ketidakmampuan menahan diri dari kencing ini terutama apabila disebabkan oleh  kecederaan neurology,kecacatan sewaktu lahir,strok,multiple sclerosis dan masalah fizikal yang disebabkan oleh penuaan.Selain itu bagi wanita masalah ini kerap juga berlaku apabila mereka mengandung dan melahirkan anak serta jika wanita itu menopause.

 


Wanita yang berumur lebih banyak mengalami masalah ini berbanding wanita yang lebih muda tetapi keadaan ini tidak dapat dielakkan dengan perbezaan umur.Untuk pengetahuan anda masalah pengawalan terhadap pundi kencing ini boleh di rawat dan anda tidak perlu malu untuk mendapatkan rawatan.Keadaan ini selalu berlaku kepada wanita kerana masalah berkaitan dengan otot yang membantu untuk menahan atau melepaskan air kencing.Tubuh badan kita menyimpan air kencing dan apabila mahu kencing,bahan buangan ini dibuang melalui buah pinggang di dalam pundi kencing.

Ketika kencing otot di dinding pundi kencing mengecut dan memaksa air kencing keluar dari pundi kencing menuju ke urethra iaitu urat yang mengeluarkan air kencing dari tubuh badan kita.Ketidakmampuan menahan air kencing berlaku apabila otot pundi kencing tiba-tiba mengecut atau jika otot yang mengelilingi urethra secara tiba-tiba berehat  dengan tidak memberi signal.

Jenis-Jenis Ketidakmampuan menahan
1)Stress incontinence
 -Jika batuk atau bersin, ketawa atau pergerakan yang memberi tekanan pundi kencing secara tiba-tiba menyebabkan kebocoran air kencing tanpa anda sedari dan dapat kawal.Perubahan fizikal menyebabkan keadaan ini seperti mengandung dan menopause.Ia biasa dihidapi oleh golongan wanita.

2)Urge incontinence
 -Masalah ini adalah bila anda tiba-tiba rasa perlu untuk kencing dan ia datang tiba-tiba sahaja.Masalah ini biasa berlaku akibat pengecutan pundi kencing yang tidak sempurna.

3)Functional incontinence
-Berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah untuk berfikir ,bergerak atau berkomunikasi yang boleh menghalang mereka dari pergi ke tandas contoh mereka yang mengalami keadaan ini ialah mereka yang lumpuh yang duduk di kerusi roda,mengalami penyakit Alzheimer dan bagi wanita ia selalunya berlaku pada wanita yang tidak beruapya dan hanya baring di katil sahaja.

4)Overflow incontinence
-Menmgalami keadaan dimana pesakit selalu terasa hendak kencing kerana pundi kencing anda selalu penuh ini terjadi kerana otot pundi kencing yang lemah dan terhalang oleh sesuatu.Puncanya akibat diabetes,tumor dan batu karang yang boleh menghalang pundi kencing,Keadaan ini selalu berlaku pada wanita.

5) Mixed incontinence
-Berlaku apabila masalah dan  keadaan stress incontinence dan urge incontinence bercampur

6) Transient incontinence
-Kobocoran yang berlaku adalah sementara disebabkan oleh keadaan seperti jangkitan ataupun pengambilan ubat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: